Pretty Asmara antara lapan artis yang ditahan kerana dadah. foto Agensi

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Argo Yuwono dipetik oleh media dalam talian berkata, semua artis terbabit ditahan ketika menyertai satu pesta dadah anjuran mereka.

Katanya, bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika semua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah.

Polis menjumpai 0.9 gram syabu dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel serta merampas 1.12 gram syabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil H5 dalam bilik karaoke tempat artis itu sedang berkumpul.

Argo berkata, semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu.

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (kira-kira RM7,500), dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis Indonesia dilaporkan semakin berleluasa dan beberapa artis popular sebelum ini juga pernah ditahan kerana terbabit kes seumpama itu. – MalaysiaGazette