Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

KUALA LUMPUR: DAP bertegas enggan mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa bahawa arahan yang dikeluarkan oleh ROS sebelum ini meragukan serta daripada ‘sumber palsu’.

“Kami terkejut dengan keputusan JPPM ‘menasihatkan’ kami mengadakan pemilihan semula anggota CEC pada 2013 berdasarkan alasan palsu dan tidak berasas.

“Tidak masuk akal JPPM kini mahu DAP mengadakan pemilihan semula berdasarkan senarai perwakilan 2012 berbanding senarai 2017,” kata Lim Guan Eng di ibu pejabat parti itu.

Isnin lalu, Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo memaklumkan parti itu sudah menerima makluman rasmi daripada ROS berkenaan arahan supaya mengadakan semula pemilihan CEC.

Pada 7 Julai lalu, Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP mengadakan pemilihan semula CEC ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang..

Sehari selepas itu, Guan Eng dilaporkan enggan mengadakan pemilihan semula, sebaliknya mahu mengadakan pertemuan dengan ROS.- MalaysiaGazette