Thursday, April 25, 2024
Home Sukan Coutinho ganti Neymar di Barca

Coutinho ganti Neymar di Barca

Philippe Coutinho

BARCELONA – Barcelona mengambil jalan selamat apabila cuba mendapatkan khidmat Philippe Coutinho daripada Liverpool yang dilihat sebagai pelan menggantikan Neymar.

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan harga tidak masuk akal iaitu 222 juta pound (RM1 bilion).

Juara La Liga dikatakan telah mengemukakan tawaran sebanyak 72 juta pound (RM400.32 juta) walaupun sedang berusaha untuk mengekalkan khidmat penyerang sensasi.

PSG dijangka tidak berdepan masalah kewangan dengan apa jua harga yang bakal diletakkan oleh The Catalan itu.

Bagaimanapun, Liverpool tidak mudah akan melepaskan Countinho yang sudah menandatangani kontrak jangka panjang tahun lalu.

Barcelona sudah lama mengidam Coutinho sebagai gganti kepada perancang utama mereka Andres Iniesta yang kini berada dalam tahun akhirnya di Nou Camp. – MalaysiaGazette