Gambar Internet

SHENZEN – Zaman sudah berubah! Gadis-gadis dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia, kini sanggup untuk melacur di China selepas mengambil kira pasaran dan nilai mata wang negara tembok besar itu.

China Press melaporkan, keadaan itu “menongkah arus” memandangkan ramai gadis China yang melacur di negara ini sebelum ini, dan bukan keadaan sebaliknya.

Menurut akhbar itu, pelacur dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan seks di China mempunyai kelebihan tertentu terutamanya kerana gadis keturunan Cina mampu berkomunikasi dengan rakyat China.

Bergantung kepada keadaan, gadis Malaysia yang bekerja sebagai pelayan tetamu atau GRO di China mampu merai RM1,255 semalam.

Jika bertemu dengan pelanggan yang kaya-raya dan sanggup berbelanja, pelacur di China mampu merai pendapatan sehingga RM6,000 semalam. Tawaran yang menarik itu menyebabkan ramai gadis luar negara, termasuk dari Malaysia, sanggup menjual diri di China.

Selain itu, kelemahan mata wang ringgit juga menyebabkan ramai pelacur asal China yang menawarkan perkhidmatan seks di Malaysia menggulung tikar dan kembali ke negara asal mereka.

Dengan ekonomi China yang mengembang secara mendadak, pusat hiburan malam di bandar-bandar utama seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzen juga tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Mereka yang berkecimpung dalam perkejaan hiburan malam juga dijanjikan dengan gaji yang lebih lumayan.

Pelacur yang menjual badan di Shenzhen umpamanya mampu merai antara RM1,760 hingga RM2,200 semalam berbanding hanya RM800 di Malaysia. – MalaysiaGazette