James Mathew Bradley Jr., pemandu treler yang membawa berpuluh-puluh migran ditahan polis. foto Agensi

CHICAGO – Seorang mangsa yang ditemui dalam treler yang membawa berpuluh-puluh migran mendakwa mereka terpaksa bergilir-gilir bernafas melalui lubang kecil untuk terus hidup.

Semalam, 10 orang ditemui mati dalam treler yang dijadikan kenderaan untuk pemerdagangan manusia.

Dua kanak-kanak dan berpuluh-puluh lain masih di hospital akibat strok panas dan kekurangan air.

Mereka diselamatkan selepas tengah masalah ketika trak itu diletakkan di kawasan parkir Walmart di San Antonio, terletak di sempadan Amerika Syarikat dan Mexico, ketika salah seorang mereka meminta air daripada kakitangan pasar raya itu.

Kakitangan berkenaan membawa air untuk diberikan kepada mangsa dan kemudian menghubungi polis.

Polis yang datang menyiasat menemui 38 orang sedang berhimpit-himpit dalam treler yang diletakkan ditempatkan di tengah-tengah cuaca panas.

Lapan ditemui mati di dalam treler dan dua lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.

Treler itu mungkin telah dimuatkan dengan 70 hingga 200 orang, dengan beberapa pendatang telah dibawa oleh enam SUV yang menunggu ketika trak berhenti di tempat letak kereta, menurut saksi.

Laporan menceritakan pengalaman mengerikan berada dalam treler yang berhimpit sehingga sukar bernafas.

Menurut mangsa, mereka memukur dinding treler untuk mendapat perhatian pemandu namun James Bradley Jr., 60, langsung tidak mempedulikan.

“Hanya terdapat lubang kecil dalam treler berkenaan yang digunakan secara bergilir-gilir untuk bernafas,” kata J.M.M-J, seorang rakyat Mexico dan sebahagian daripada 29 orang yang diseludup masuk ke Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette