Home Dunia Bunuh diri selepas didenda sekolah

Bunuh diri selepas didenda sekolah

JAKARTA – Seorang pelajar sekolah bertindak membunuh diri dengan menggantung diri selepas dipercayai menerima hukuman daripada sekolahnya.

Pelajar Sekolah Tinggi Pembangunan Pertanian Vokasional yang berusia 16 tahun itu ditemui mati oleh ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Buluh di daerah Muara Bulian, Batanghari, Ahad lalu.

Ketua unit siasatan Polis Muara Bulian, Inspektor Amran berkata, motis kejadian itu masih disiasat.

Remaja perempuan itu telah pulang ke rumahnya dari asrama dan memaklumkan dia telah didenda oleh pihak sekolah untuk membersihkan laman sekolah dan menanam lima pokok bunga yang berbeza.

Amran berkata, ibu bapa gadis itu juga ada mendengar perbualan telefon antaranya dengan seseorang yang dipercayai dari sekolah, bertanya mengapa dia tidak kembali ke asrama.

Punca gadis itu dihukum masih tidak diketahui. – MalaysiaGazette