Perlumbaan Formula 1 (F1) kini terlalu selamat dan ia telah menjejaskan seri sukan tersebut, kata bekas pengarah pengurusan salah sebuah pasukan F1, Daniele Audetto.

Langkah badan pengurusan F1 untuk memperkenalkan sistem perlindungan hadapan yang dikenali ‘Halo’ telah menerima kritikan daripada individu dan peminat sukan.

“Keselamatan dalam sukan permotoran adalah kekhuatiran yang besar untuk Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) manakala lonjakan telah dilakukan dalam banyak bidang sukan permotoran, perlindungan kepala merupakan kekhuatiran untuk bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Bagaimanapun, bekas pengarah pengurusan Super Aguri dan pemilik pasukan HRT, Audetto, 74, berkata, ‘risiko’ merupakan sebahagian daripada deskripsi tugas pelumba.

“Ia adalah satu penghormatan ketika saya (menjadi pelumba) dan pada masa sama risiko besar untuk memandu (jentera) Formula 1.

“Saya telah kehilangan rakan-rakan namun realitinya pemandu Formula 1 mesti menerima risiko ini. Banyak litar kini berada di padang pasir di mana sangat mustahil kemalangan berlaku.

“Ia seperti memandu dalam simulator dengan pemandu menggunakan alat kawalan jauh dari dalam kotak.

“Terlalu banyak teknologi dan (ciri) keselamatan. Pada pandangan saya perlumbaan Formula 1 telah kehilangan seri dengan (ciri) keselamatan yang diperbesar-besarkan ini dan sifar risiko. Bagi penontonya ia kurang menarik,”

“Ia tidak baik, sekali-sekala penonton juga mahu menyaksikan kemalangan dan mereka juga mahu melihat perlumbaan sengit di litar,” katanya kepada Speed Week. – MalaysiaGazette