Muhammad Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia menyuarakan kekecewaannya apabila Amerika Syarikat bertindak keluar daripada perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPP).

Menyifatkan ia adalah langkah malang bagi pemulihan ekonomi global, Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, banyak perkara masih belum jelas susulan Amerika Syarikat yang keluar daripada perjanjian berkenaan.

“Ini menyebabkan disorientasi kepada dunia.

“Menutup sempadan dan membina tembok bukanlah tindakan tepat kerana sebagai pembuat keputusan, kita mesti berhubung dengan apa yang rakyat perlukan bukan memutuskan hubungan dengan mereka,” katanya semasa persidangan Musim Panas BNM-IMF di sini hari ini.- MalaysiaGazette