KUALA LUMPUR – Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme. (STAGG) yang menggempur aktiviti maksiat di seluruh negara sepanjang minggu lalu berjaya menagan 285 orang individu.

Mereka yang ditahan itu merupakan tukang urut dan pelayan pelanggan (GRO).

Kejayaan pasukan itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim menerusi Twitter beliau.

“Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tkap 285 org GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo,” kata beliau. – MalaysiaGazette