Aesar Mustafa lali dengan kecaman dan kritikan masyarakat.

KUALA LUMPUR – Entah di mana silapnya, tuah artis bernama Aesar Mustafa ini masih tidak memihak kepada dirinya.

Padahal jejaka kelahiran Kuching, Sarawak ini boleh dikatakan memiliki bakat yang pelbagai seperti penyanyi, komposer, penulis lirik dan guru vokal.

Namun lelaki berusia 37 tahun ini mahu bangkit dan yakin masih ada peluang untuknya membuktikan bakat dalam dunia seni.

Dia kini kembali dengan semangat baharu selepas menandatangani kontrak bersama syarikat DBI Entertainment selama dua tahun dengan mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri berjudul Ku Padamkan Semua.

Aesar Mustafa bakal muncul dengan single terbaharu, Ku Padam Semua pada Ogos ini.

Lebih menarik muzik video itu telah siap dan menjalani penggambaran  di Bangkok, Thailand sebelum Ramadan lalu.

Bercerita tentang buah tangan terbarunya, lagu itu berdepan pelbagai cabaran apabila diberi susunan baharu dengan berkonsepkan ‘balad moderate’.

“Asalnya lagu ini tangkap leleh dan sedih. Namun mengambil pendapat ramai, ia tidak sesuai dengan imej saya yang unik selain dikenali denan irama R&B sebelum ini.

“Jadi ia diberikan susunan baharu agar tidak terlalu melankolik. Selain itu, muzik video yang dibuat di Bangkok turut berdepan pengalaman pahit.

“Kos yang pada mula dianggarkan sekitar RM4,000 melonjak hampir RM10,000 gara-gara bajet yang meningkat di sana selain mata wang ringgit yang rendah.

“Apa pun, saya harap lagu ini menjadi penyuntik semangat dan simbolik kepada kemunculan semula saya di pentas seni,” katanya yang pernah mencuba nasib dalam program Malaysian Idol pada 2005 dan GangStarz terbitan TV3.

Aesar Mustafa lali dengan kecaman dan kritikan masyarakat.

Ditanya tentang kemunculannya di kehangatan ramai artis baharu yang muda dan popular, Aesar menjelaskan dia tidak menyepi namun tidak berada di landasan muzik yang tepat.

“Lagu saya sebelum ini single pertama, Satu Cinta pernah mencuri perhatian dan memasuk carta radio. Lepas itu single kedua berdepan masalah manakala single ketiga sudah siap tetapi tidak dihantar ke stesen radio.

“Begitupun saya percaya, saya memiliki bakat yang boleh diketengahkan, cuma belum ada rezeki untuk ke tahap sepert artis lelaki popular lain.

“Zaman saya belum berlalu lagi, cuma saya sibuk di belakang tabir sahaja sebelum ini,” katanya yang digelar Bruno Mars Malaysia.

Selesa dengan imej botak dan sesekali mengenakan topi, Aesar sendiri mempunyai iras seperti Mars

Dalam pada itu, biarpunpun usianya dilihat semakin lewat untuk mencipta impak dalam dunia seni dan membuat kemunculan semula , Aesar tidak mahu menjadikan faktor berkenaan sebagai halangan buatnya mengejar impian di arena muzik.

“Dalam hati saya ingin menjadi sehebat penyanyi lelaki lain. Begitupun saya percaya, saya memiliki bakat yang boleh diketengahkan, cuma belum ada rezeki untuk ke tahap mereka,” katanya yang kali pertama muncul dengan single sulung berjudul Satu Cinta pada 2008.

Bakat Aesar sebagai komposer perlu kerana sudah lebih 40 lagu diciptanya untuk nyanyian sendiri mahupun penyanyi lain.

Aesar Mustafa bersama anak didiknya, Naim Zamri.

Malah dia memiliki label sendiri iaitu Aesar Mustafa Studio dan terbaharu mendidik penyanyi baharu iaitu Naim Zamri.

Dalam pada itu, dia pernah menyanyikan lagu tema drama Bibik Bibik Ku dengan judul sama.

Akan datang, dia juga akan menyanyi lagu tema drama Ops Cinta Din Sardin yang dibintangi Mira Filzah dan Izzue Islam. – MalaysiaGazette