KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel naik masing-masing sebanyak 6 sen seliter dan 3 sen seliter untuk tempoh seminggu berkuatkuasa tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM2.03 seliter, RON 97 RM2.28 seliter manakala diesel RM1.99 seliter.

Harga baharu bahan api itu adalah bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos ini.-MalaysiaGazette