HULL, ENGLAND - MAY 21: Harry Kane of Tottenham Hotspur poses with the Premier League Golden Boot award after the Premier League match between Hull City and Tottenham Hotspur at KC Stadium on May 21, 2017 in Hull, England. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)
LONDON – Pengurus Chelsea, Antonio Conte mendedahkan dia meminati pemain Tottenham Spurs, Harry Kane sebagai penyerang idamannya di dunia.
Chelsea baru-baru ini mendapatkan Alvaro Morata dari Real Madrid dengan rekod perpindahan bernilai £70 juta (RM393 juta).
Conte dikatakan telah lama mengagumi bakat Kane namun kelab itu tidak akan membida buat Kane pada musim panas ini.”Pada pendapat saya, Kane adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia.
“Jika diberi pilihan membeli seorang penyerang, saya akan memilih Kane,” kata Conte.
“Kane merupakan penyerang yang sempurna dari segi fizikal untuk mendapatkan bola. Harga untuk  membeli Kane sekarang, mungkin sekurang-kurangnya £100 juta (RM562 juta).

“Harga itu berbaloi kerana Kane adalah penyerang hebat,” tambah Conte. – MalaysiaGazette