Friday, March 29, 2024
Home Seni Hidup Cederakan isteri dalam pantang, Aliff Aziz ditahan polis

Cederakan isteri dalam pantang, Aliff Aziz ditahan polis

Aliff Aziz melafazkan cerai talak satu kepada isterinya, Bella Astillah hari ini.

KUALA LUMPUR – Penyanyi kelahiran Singapuran, Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru melahirkan bayi lelaki pada 8 Julai lalu.

Aliff dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras petang semalam.

Bella, 23, telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras awal pagi ini selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff, 26, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Sebelum kejadian, Bella bersama ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Menurut laporan polis, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,” kata laporan itu.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan di lutut.

Aliff telah ditahan awal pagi ini sejurus laporan dibuat dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Assiten Komisioner Rusdi Mohd. Isa ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – MalaysiaGazette