Perintah reman itu dikeluarkan kepada Zahid Md Arip oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman sehingga 5 Ogos ini.

PUTRAJAYA – Bekas pembantu khas kepada bekas Pengerusi Felda telah direman selama lima hari untuk membantu siasatan rasuah berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching.

Perintah reman itu dikeluarkan kepada Zahid Md Arip oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abdul Rahman sehingga 5 Ogos ini.

Zahid, 51, yang merupakan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan bekas pemimpin kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) ditahan di kediamannya bagi membantu siasatan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation pada tahun 2014.

Ketika itu beliau berkhidmat sebagai pegawai khas Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang menjadi Pengerusi Felda. – MalaysiaGazette