Van MAB melanggar di dinding berhampiran Aerobridge Bay h2 KLIA mengakibatkan dua kakitangannya tercedera serius pada kajadian petang hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua kakitangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengalami kecederaan serius selepas van milik syarikat yang mereka naiki melanggar dinding berhampiran jambatan udara (aerobridge) H2 hari ini.

Menurut sumber, pemandu dipercayai memandu laju van itu sebelum melanggar dinding bangunan pada kejadian pukul 4.25 petang itu.

Mangsa pertama yang merupakan pemandu disyaki patah kaki manakala penumpang van pula patah kaki dan tangan, tambah beliau.

“Hasil maklumat awal pemandu dipercayai kena sawan semasa memandu,” katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Sementara itu, sumber memberitahu, Unit Perkhidmatan Pesawat (ASU) memaklumkan pemandu tidak mempunyai permit memandu (ADP) yang sah.

Ekoran kejadian itu, pas keselamatan kedua-dua mangsa diserahkan kepada Perkhidmatan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) untuk tindakan susulan. – MalaysiaGazette