Kongsi

JAKARTA – Malang bagi seorang pemuda, dibakar hidup-hidup oleh penduduk tempatan kerana hanya disyaki sebagai pencuri di sebuah masjid di Kampung Muara, Desa Muara Bakti, Kecamatan Babelan, Kabupaten Bekasi, Jakarta, Indonesia.

Sebuah rakaman video amatur yang tular sejak semalam, menunjukkan pemuda berkenaan dibakar di tepian jalan, sehingga meninggal dunia.

Rakan mangsa, menerusi akaun Facebook memberitahu bahawa beliau merupakan seorang pemuda yang bekerja sebagai juruteknik barangan elektrik.

Kejadian bermula apabila pemuda tersebut singgah menunaikan solat di sebuah masjid sambil membawa bersamanya amplifier daripada tempat kerja,

Walau bagaimanapun, setelah habis menunaikan solat, beberapa penduduk berhampiran mengesyaki beliau mencuri amplifier masjid berkenaan ketika keluar daripada pintu masjid.

Beliau dikejar dan dipukul lebih kurang 20 orang sebelum dibakar hidup-hidup.

Isteri mangsa, Siti Zubaidah, 25, yang terkejut dengan berita berkenaan suaminya, mempersoalkan tindakan sekumpulan lelaki yang membakar suaminya.

Semalam, video berdurasi seminit berkenaan kejadian tersebut menjadi tular di laman-laman sosial. Bagaimanapun, video berkenaan diharamkan dan dikeluarkan daripada laman Youtube. -MalaysiaGazette

Kongsi

Tinggalkan Jawapan