Kongsi

KUALA LUMPUR – Selebriti media sosial, Abdul Rani Kulup Abdullah sudah menjangka lamarannya bakal ditolak oleh Siti Kasim dan Datuk Vida.

Menurut beliau yang juga terkenal sebagai Raja Report, penolakan tersebut berikutan Datuk Hazmiza Othman sedia dikenali dengan sikap terlalu memilih, seperti mahukan lelaki yang kaya-raya, kacak dan muda.

Bagaimanapun, Rani membidas Vida bahawa lamaran tersebut bukan untuk mencari publisiti murahan.

“Saya mahu ingatkan kepada Datuk Vida ini, saya tidak cari publisiti, publisiti yang cari saya,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi.

Berikutan lelaki dambaan Vida terdiri daripada golongan hartawan, kacak dan muda, Rani turut mengingatkan jutawan kosmetik itu agar tidak memperlekeh dirinya kerana apa yang ada pada beliau, semuanya daripada Tuhan.

Secara sinis,Rani Kulup tidak menyesali perkara tersebut kerana sudah menjadi hak Vida untuk memilih lelaki yang kaya, kacak dan muda, berbanding dirinya.

Sementara itu, meskipun aktivis peguam, Siti Zabedah Kasim terlebih dahulu menolak lamaran aktivis laporan polis itu, Rani Kulup tetap positif dan gembira dengan respon yang diberikan Siti Kasim.

Melalui video penolakan Siti Kasim yang tersebar, Rani Kulup gembira kerana pertama kali beliau melihat watak Siti Kasim sebagai wanita yang lemah lembut.

“Semua orang tahu dia(Siti Kasim) ni bengis dan suka mencarut. Tapi bila dia respon saya, senyum manis macam tu, sejuk hati kita semua.

“Ini membuktikan hanya Rani Kulup seorang yang boleh melembutkan hati bengis, agresif Siti Kasim menjadi wanita solehah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Dalam perbualan bersama MalaysiaGazette, Rani Kulup turut mendedahkan niat sebenar beliau melamar kedua wanita tersebut.

Menurutnya, tujuan utama beliau tidak lain, hanya mahu memberi sedikit kegembiraan kepada rakyat Malaysia melalui lamaran bersifat jenaka itu.

Ia berikutan ketegangan dan tekanan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia akibat situasi politik semasa, tambahnya. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. tak apa lah ayah . orang tolak pun kita tal rugi . apa2. dua dah ada kat rumah. .niat nak buat pahala dah dapat. walau pun tak jadi. tuhan lebih kaya lagi dari datok vida.

Tinggalkan Jawapan