Kadar baharu petrol dan diesel dari 10 Ogos hingga 16 Ogos 2017

KUALA LUMPUR – Harga RON95 naik 5 sen kepada RM2.12 seliter manakala RON97 mengalami kenaikan 7 sen menjadi RM2.39 sen seliter.

Turut naik harga Diesel iaitu meningkat satu sen menjadi RM2.06 sen untuk tempoh 10 Ogos 2017 hingga 16 Ogos ini.

Harga mingguan petrol dan diesel itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini. – MalaysiaGazette