MACEDONIA – Real Madrid membuktikan mereka sememangnya kelab terbaik di Eropah selepas Manchester United 2-1dalam pertandingan Piala Super Eropah yang berlangsung di Philip II Arena, Skopje di sini awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Madrid meraih gelaran Piala Super Eropah untuk kali keempat sepanjang sejarah kelab.

United yang tampil sebagai juara Piala Eropah menurukan skuad terbaik seperti Nemaja Matic, Romelu Lukaku dan Victor Lindelof.

Real pula mengambil langkah berani apabila tidak menurunkan bintang dunia, Ronaldo dalam kesebelasan utama.

Sejak awal permainan, kedua-dua pasukan saling melakukan serangan namun Madrid berjaya mendahului pada minit ke-24 apabila Casemiro menerima umpan daripada Dani Carvajal dan melepaskan tendangan mendatar ke arah sudut kiri gawang David De Gea.

Memasuki babak kedua, Madrid terus mengukuhkan kedudukan menerusi gol Isco Alarcon pada minit ke-52.

Ketinggalan 0-2, United tidak putus asa untuk terus menggempur pertahanan Madrid.

Akhir pintu gol Real bolos juga apabila Romelu Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-62.

Pada kedudukan 2-1, skuad Mourinho terus mengancam Madrid untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan.

Namun barisan pertahanan Madrid yang kukuh membuatkan kedudukan 2-1 bertahan hingga perlawanan berakhir. – MalaysiaGazette