Kongsi

KLANG – Meskipun beberapa kali mendakwa membuat aduan namun anak kepada seorang wartawan di sini terus menjadi mangsa buli di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang.

Terkini, pembuli yang dikatakan daripada darjah dua sama dengannya tetapi di kelas yang berlainan didakwa telah menyebabkan kecederaan di bawah mata mangsa akibat dibaling dengan batu.

Bapa mangsa, Mohammad Shahrulnizam kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian selepas menyedari anaknya trauma untuk ke sekolah.

“Sudah banyak kali buat aduan kepada guru berkenaan tapi tiada tindakan. Benda (buli) ini sudah berlarutan lama, lebih kurang setahun dia (anak) menjadi mangsa buli, tapi tiada apa-apa tindakan dari pihak sekolah.

“Kali ini, saya ambil keputusan untuk buat laporan polis, biar pihak polis yang bertindak,” katanya ketika dihubungi Malaysia Gazette hari ini.

Mangsa, Muhammad Syahir Mohammad Shahrulnizam, 8, juga turut mengadu kepada bapanya beberapa kali ditampar dan pelbagai lagi perlakuan setiap kali bapanya membuat aduan kepada pihak sekolah.

Menurut Shahrulnizam, tindakannya membuat laporan polis juga bagi mengelak gejala tersebut menjadi lebih parah atau akan melibatkan pelajar-pelajar lain. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. cik gu takut nak bertindak. nanti penuh sekolah kena serang olih ibu bapa. cik gu bolih mengajar je tak bolih apakan murid. cubit telinga pun kena saman nanti.

Tinggalkan Jawapan