Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menjalankan kerja-kerja penurapan semula secara berperingkat di kedua-dua hala di sepanjang lebuhraya tersebut.

Kerja-kerja penurapan akan bermula pada Isnin 14 Ogos 2017 sehingga Jumaat, 13 Oktober 2017.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah KM2.5 sehingga KM22.13 (arah selatan), KM4.3 sehingga KM11.5 (arah utara) dan Persimpangan Paya Jaras (arah selatan)

Pengurus Besar, GCE, Khairul Nizam Baharudin berkata, kerja-kerja ini merupakan inisiatif berterusan GCE untuk memberikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-300- 88-0035. – MalaysiaGazette