Kedudukan treler yang merintangi menjadi penyebab kesesakan di MRR2 pagi tadi. Foto Amatur Uber

KUALA LUMPUR – Sebuah treler tanpa muatan yang terlibat dalam kemalangan berhampiran Tesco Ampang menjadi punca kesesakan teruk berlaku di lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pagi tadi.

Berdasarkan maklumat, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berpunca apabila pemandu treler terbabit gagal mengawal kenderaan ekoran jalan licin akibat hujan.

Treler terbabit dilapor berpusing beberapa kali sebelum terbabas dengan kedudukannya yang melintang menghalang kenderaan lain bergerak.

Pengguna jalan raya yang tersekat terpaksa berhenti dan menunggu beberapa jam di lebuh raya berkenaan sebelum bantuan daripada pasukan keselamatan tiba.

Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan sepanjang 10 kilometer. – MalaysiaGazette