KUALA LUMPUR – Cyberview Sdn. Bhd. mengesahkan Gadang Engineering (M) Sdn. Bhd., anak syarikat Gadang Holdings Bhd. sebagai kontraktor Hospital Cyberjaya.

Pelantikan tersebut bermakna proses tender komprehensif yang disertai 29 syarikat telah tamat.

Pemangku Pengarah Urusan Cyberview Sdn. Bhd., Mohd. Najib Ibrahim berkata, syarikat tersebut komited untuk meneruskan tanggungjawab untuk memenuhi keperluan komuniti di Cyberjaya.

Hospital di atas tanah seluas 12 ekar dengan nilai kontrak sebanyak RM475 juta itu akan memberi perkhidmatan bukan sahaja kepada warga Cyberjaya, sebaliknya meliputi penduduk di Puchong, Dengkil dan Sepang.

Bangunan hospital setinggi sembilan tingkat itu dilengkapi dengan lapan tingkat tempat letak kereta. – MalaysiaGazette