Kongsi
PUTRAJAYA, 18 Mei -- Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan semasa sidang akhbar berhubung kekecohan yang berlaku pada sesi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri bersama penggiat seni di Seri Perdana hari ini.?--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini meminta orang ramai berwaspada apabila menerima panggilan telefon daripada pihak yang mengaku sebagai polis Putrajaya dalam menyelesaikan kes-kes kesalahan trafik dan langgar lari.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata sejak kebelakangan ini, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terlibat dalam kes itu serta mendakwa menerima panggilan yang menggunakan nombor telefon IPD Putrajaya dan meminta wang daripada mangsa.

Katanya, panggilan yang didakwa datangnya daripada IPD Putrajaya kononnya meminta orang ramai menyelesaikan saman atau kes mereka dengan memastikan wang dalam akaun tertentu untuk penyelesaian kes.

“Ingin saya jelaskan pihak polis sendiri telah membuat laporan beberapa minggu lepas berkaitan penerimaan panggilan ini. Panggilan telefon yang diterima oleh orang ramai adalah panggilan yang dibuat oleh sindiket tertentu dengan tujuan menipu atau mencari keuntungan melalui panggilan palsu.

“Oleh yang demikian, saya menasihatkan orang ramai yang terpedaya agar membuat laporan polis dengan segera,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- BERNAMA

Kongsi

Tinggalkan Jawapan