Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA- Pertemuan pemimpin PKR bersama Presiden Pas adalah inisiatif Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Perkara itu dijelaskan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tun Man ketika ditanya mengenai kunjungan tiga pemimpin PKR dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Bagaimanapun, kunjungan itu disertai Wan Azizah di memandangkan pemimpin PKR tersebut tidak sempat berjumpa dengan Abdul Hadi selama beliau menerima rawatan.

“Di kediaman presiden, sebenarnya Azmin yang rancang untuk jumpa dengan tuan guru (Abdul Hadi), lepas itu Wan Azizah nak datang sekali.

“Lagi pun semua belum sempat jumpa lagi sejak tok guru terima rawatan,” katanya selepas sidang media selepas Program Munaqasyah di Petaling Jaya petang ini.

Semalam, Abdul Hadi menerima kunjungan Wan Azizah, Mohamed Azmin, dan Naib Presiden PKR, Dr. Shaharuddin Badaruddin di Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menjelaskan tiada sebarang perbincangan politik dalam pertemuan tersebut.

“Ziarah orang sakit ni tak banyak bincang. kunjungan beliau ialah ziarah tuan guru yang tak sihat. Itu program biasa, siapa nak ziarah boleh.

“Kunjungan itu ziarah, kebetulan masa di IJN doktor nasihat tok guru tak terima tetamu. Najib pun datang ziarah. Politik kita bukan politik budak-budak. Kita politik matang, kita pegang polisi tapi boleh bincang Selagi mana tak langgar polisi. Ini budaya yang Pas nak bawa kepada rakyat,”ujarnya lagi.-MalaysiaGazette