Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Nampaknya PKR memang masih sayang untuk meninggalkan terus Pas walaupun rakan-rakan dalam PH sudah berpatah arang.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui masih membuka ruang kepada Pas dan tidak meletakkan sebarang tempoh bagi tujuan itu.

“Itu keutamaan kita kalahkan BN/UMNO, jadi mana parti politik yang mahu selamatkan negara kita bersedia berbincang,” ujarnya dalam sidang media bersama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.

Bagaimanapun, kali ini Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, sebarang keputusan kerjasama PKR dengan Pas sekiranya ada akan berkongsi dengan pimpinan PH.

Mengenai pertemuannya bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Mohamed Azmin berkata, ia lebih ziarah orang sakit.

“Ustaz Hadi baru lepas pemebdahan jadi tidaka da sebarang perbincangan politik,” katanya.- MalaysiaGazette