KUALA LUMPUR – Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd. (CGC) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan lima pihak bagi memberi jaminan kewangan kepada sub-kontraktor domestic menerusi skim Bizjamin/-i untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Dalam kenyataannya, CGC memeterai MoU berkenaan dengan RHB Islamic Bank Bhd., SME Bank Bhd., Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan (SJPP) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Kuching, Sarawak, semalam.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd. Zamree Mohd. Ishak berkata, MoU berkenaan adalah sejajar dengan model perniagaan entiti tersebut untuk membina kerjasama startegik bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Teraju,, LBU, RHB Islamic, SME Bank, dan SJPP dalam projek pembangunan prasarana yang besar ini.

“MoU ini sejajar dengan model perniagaan kami,” katanya.

CGC menyediakan jaminan kepada PKS yang berpotensi dan memiliki perniagaan yang betul namun kekurangan cagaran dan rekod lampau untuk mendapatkan pembiayaan.

Ia turut menyediakan pembiayaan terus kepada segmen-segmen yang kurang mendapat perhatian.- MalaysiaGazette