Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di MAEPS, Serdang. foto FAREEZ FADZIL, 15 OGOS 2017

SERDANG – Timbalan Perdana Menteri secara berseloroh berkata beliau tidak boleh mendahului bosnya dalam apa juga tindakan.

Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid, beliau tidak boleh membelakangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jika mahu ‘selamat’ dalam jawatan beliau.

“Saya tidak mahu mendahului PM kalau mahu selamat (dalam jawatan TPM).

“Tapi program itu cukup baik di mana lokasi yang akan diumumkan oleh PM akan menghimpunkan semua pesara dan lokasinya bersesuaian dimana pesara-pesara ada tempat untuk kita melepaskan kerinduan bertemu dengan rakan-rakan kita, termasuk saya suatu hari nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.

Turut hadir, Menteri Kemajuan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan bekas Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Ujar Zahid, Najib akan merasmikan satu program melibatkan perhimpunan pesara-pesara kerajaan di negara ini.

Program itu akan dirasmikan pada Oktober depan dan diberi nama ‘My Beautiful Life of Seniors’ sempena dengan sambutan hari warga emas.

Ia adalah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Zahid ada berjumpa dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi meminta sokongan untuk menggulingkan Najib.

Perkara itu sudah dinafikan Zahid dan bertindak menzahirkan kesetiaan atau Wala terhadap Najib. – MalaysiaGazette.

Tak masuk akal Zahid jumpa Tun M mahu guling saya – Najib

Comments are closed.