Friday, April 19, 2024
Home Seni Hidup Konsert Dayang di Esplanade Singapura

Konsert Dayang di Esplanade Singapura

Dayang Nurfaizah

KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Dayang Nurfaizah menambah portfolio karier seninya apabila bakal menggegarkan pentas berprestij, Esplanade Singapura menerusi konsert sulungnya di negara tersebut pada 1 Januari depan.

Dalam konsert yang berlangsung sempena tahun baru itu, Dayang bakal mendendangkan lagu-lagu popular yang pernah menjuarai carta tempatan dan luar negara seperti Di Pintu Syurga serta Seandainya Masih Ada Cinta.

Persembahan bertaraf antarabangsa itu bakal mendapat sentuhan muzik di bawah pengarah muzik terkemuka, Jenny Chin.

Tiket berharga RM79 sehingga RM205 yang dijual sejak 11 Ogos lalu mendapat sambutan hangat daripada para peminatnya. Mereka yang mahu menonton konsert sulung penyanyi ini boleh mendapatkan lebih maklumat di www.esplanade.com/dayang.

 Antara artis tempatan yang pernah membuat konsert solo di pentas tersebut adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Ratu Rock Ella dan kumpulan legenda, KRU. – MalaysiaGazette