Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Masir Kujat (dua kiri) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua kanan) memakaikan pangkat kehormat kepada Senator Bathmavathi Krishnan (tengah) pada Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat di Menara Tabung Haji, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Seramai 43 Ahli Dewan Rakyat dan 56 Ahli Dewan Negara menerima pangkat Kehormat RELA Malaysia yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Datuk Masir Kujat.

Majlis penyampaian pangkat yang dibuat di Dewan Besar, Menara Tabung Haji itu sebagai pengiktirafan peranan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara dalam mendokong kesukarelawan negara.

Antara yang hadir menerima pangkat tersebut termasuk Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Seri SA.Vigneswaran, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sebagai penerima pangkat tersebut, Masir Kujat berharap agar penerima tersebut memainkan peranan bagi mengangkat dan memartabatkan RELA ke peringkat yang lebih tinggi.

“Sebagai rakyat dan anggota RELA, bantlah RELA, sanjungilah, iktiraflah dan sertailah program dengan turun padang bersama warga RELA atau paling tidak hantarlah wakil.

Beliau turut mengingatkan bahawa ahli-ahli kehormat RELA membantu dalam program penambahan keahlian RELA terutama melibatkan akar umbi dari sayap parti politik masing-masing.- MalaysiaGazette