TAIPEI – Taiwan mengalami gangguan bekalan elektrik besar-besaran petang semalam sehingga menjejaskan perniagaan termasuk pengilang-pengilang dan tujuh juta isi rumah.

Gangguan tersebut turut menyebabkan suasana huru-hara di restoran dan perniagaan kecil.

Gedung beli-belah juga mengalami perkara yang sama apabila tangga bergerak dan lif tidak dapat digunakan manakala jalan-jalan raya sesak selepas lampu trafik tidak berfungsi.

Bekalan elektrik berjaya dipulihkan sepenuhnya pagi ini, menurut media tempatan.

Gangguan itu meresahkan penduduk Taiwan yang berhadapan dengan cuaca panas 32 darjah selsius sekarang ini.

Masalah itu disebabkan oleh kesilapan teknikal pihak syarikat pembekal gas milik kerajaan, CPC Corp yang menjejaskan operasi kilang jana kuasa Taiwan Power Co yang terletak di barat laut Taoyuan, kata kedua-dua syarikat itu.

 

Kesilapan itu di loji Taoyuan menyebabkan enam penjana berhenti operasi sekali gus mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di pulau yang memiliki 24 juta penduduk.

Presidennya, Tsai Ing-wen memohon maaf di atas gangguan itu sambil menyifatkan bekalan elektrik adalah isu keselamatan negara.

Jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu perlu segera menjelaskan mengapa masalah itu boleh berlaku.

Menteri Hubungan Ekonomi, Chih-Kung Lee secara sukarela mahu meletak jawatan ekoran insiden itu. Peletakan jawatannya diterima oleh kerajaan. – MalaysiaGazetteMenteri Hubungan Ekonomi, Chih-Kung Lee secara sukarela mahu meletak jawatan ekoran insiden itu. Peletakan jawatannya diterima oleh kerajaan. – MalaysiaGazette