Azam Baki

NILAI – Rumah bekas pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di sini diserbu sepasukan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan demikian ketika dihubungi.

Difahamkan tiga buah kenderaan SPRM tiba di kediaman tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tadi dan pulang kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, Mohd Isa ditahan SPRM selepas hadir di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) masing-masing di London dan Kuching.

Berikutan itu, SPRM melakukan serbuan ke atas rumah Isa di Selangor pada hari yang sama.

— BERNAMA

Comments are closed.