Home Dunia Isteri Mugabe mohon imuniti selepas serang wanita

Isteri Mugabe mohon imuniti selepas serang wanita

Grace Mugabe

ZIMBABWE – Kerajaan Zimbabwe memohon imuniti diplomatik bagi isteri Presiden Robert Mugabe yang didakwa menyerang seorang wanita di Afrika Selatan.

Grace Mugabe didakwa masih berada di Afrika Selatan, menurut Kementerian Polis.

Kenyataan itu bertentangan dengan laporan awal yang menyebut Grace sudah kembali ke Zimbabwe.

Seorang wanita berusia 20 tahun, yang juga seorang model mendakwa dicederakan oleh Grace selepas menyerangnya dengan wayar di sebuah hotel di Johannesburg pada Ahad lalu hingga menyebabkan kecederaan.

Polis menjangkakan Grace, 52, akan hadir di mahkamah semalam tetapi gagal.

Kerajaan Zimbabwe telah menggunakan “perlindungan imuniti diplomatik” untuk Grace, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Afrika Selatan masih mahu memastikan beliau melalui sistem undang-undang.

Perbincangan berlangsung dengan peguam Grace dan Suruhanjaya Tinggi Zimbabwe mengenai isu itu, katanya.

Jawatankuasa parlimen sebelum ini, kata pemangku Ketua Polis Afrika Selatan, Lesetja Mothiba mahu Grace ‘ke mahkamah’.

Kerajaan Afrika Selatan menimbulkan ancaman kepada masyarakat jika ia membolehkan Grace bebas daripada dipenjarakan.

Ini berlaku pada tahun 2015, apabila kerajaan gagal melaksanakan waran tangkap antarabangsa untuk Presiden Sudan, Omar al-Bashir yang dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Kerajaan Afrika Selatan berpendapat bahawa beliau layak untuk kekebalan diplomatik, tetapi hakim-hakim negara tidak bersetuju.

Kerajaan itu kemudian dikritik kuat kerana melemahkan kedaulatan undang-undang. – MalaysiaGazette