Jessica Chew Cheng Lian

KUALA LUMPUR – Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) mengumumkan pelantikan Jessica Chew Cheng Lian sebagai pengarah bukan eksekutifnya, berkuatkuasa semalam.

Beliau merupakan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.

Jessica Chew membawa lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam pengawalan dan penyeliaan sektor kewangan.

Di Bank Pusat, Jessica bertanggungjawab bagi dasar pembangunan di sektor perbankan dan insurans dengan tumpuan pada kecekapan, inovasi, institusi pasaran dan struktur,
pembangunan kewangan dan pembangunan bakat.

Beliau turut bertanggungjawab dalam pembangunan sistem pembayaran dan pengawalan serta pengawasan perniagaan
perkhidmatan kewangan.

Pengalaman beliau turut termasuk pengauditan syarikat insurans,
pembentukan dasar berhemat dan perilaku pasaran bagi bank dan syarikat insurans, serta pengawasan makrokewangan.

Jessica kini juga  memegang jawatan penasihat Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Pengerusi
Badan Akreditasi Kewangan (Malaysia) mewakili BNM. – MalaysiaGazette