DELHI – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhasrat untuk membeli kepentingan dalam terminal import gas cecair asli (LNG) milik Ennore Indian Oil Corp (IOC), kata pengerusi firma itu.

IOC berhasrat untuk memulakan operasi terminal dengan kapasiti 5 jutatan setahun di Tamil Nadu pada 2018-19.

Syarikat-syarikat termasuk Petronas telah menunjukkan minat untuk mengambil kepentingan dalam Ennore, kata Sanjiv Singh sambil menambah bahawa Petronet LNG India juga berminat.

Petroliam Nasional Berhad milik negara melihat potensi pertumbuhan yang ketara bagi penjualan LNG ke India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa bahagian Asia Tenggara, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Anuar Taib pada Mei.

Petronas melihat potensi pertumbuhan yang ketara bagi penjualan LNG ke India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa bahagian Asia Tenggara, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Anuar Taib pada Mei lalu.

India mempunyai rancangan untuk meningkatkan kapasiti import LNG tahunan kepada 50 juta tan dalam beberapa tahun akan datang berbanding 21 juta tan sekarang. – MalaysiaGazette