Home Ekonomi Rizab Persekutuan bimbang inflasi lemah

Rizab Persekutuan bimbang inflasi lemah

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat

NEW YORK – Pembuat dasar Rizab Persekutuan berhati-hati dengan inflasi yang lemah dan meminta menghentikan kenaikan kadar faedah sehingga keadaan jelas bahawa trend itu bersifat sementara.

Perkara itu dikemukakan dalam minit mesyuarat dasar terakhir Bank Pusat itu.

Minit mesyuarat bertarikh 25 dan 26 Julai yang dikeluarkan hari ini menunjukkan Rizab Persekutuan bersedia untuk mengurangkan bon Perbendaharaan bernilai AS$4.2 trilion dan sekuriti yang disokong gadai janji.

Mesyuarat bulan lalu, yang dibuat dengan keputusan sebulat suara untuk mengekalkan kadar, selepas perbincangan panjang mengenai kadar inflasi.

Bank Pusat itu memilih pendekatan penurunan inflasi kepada 1.5 peratus pada bulan Jun berbanding 1.8 peratus pada Februari dan mengekalkan sasaran 2.0 peratus bagi lebih lima tahun.

“Ramai peserta … menyedari kemungkinan inflasi berada di bawah 2 peratus lebih lama daripada yang mereka jangkakan dan ia menunjukkan bahawa risiko terhadap prospek inflasi dapat diimbangi dengan penurunan,” menurut laporan minit mesyuarat itu.

Penurunan inflasi itu mendorong kebimbangan Bank Pusat kemungkinan perlu melonggarkan kawalan kewangannya walaupun ekonomi sedang berkembang dengan sederhana dan kadar pengangguran jatuh kepada 4.3 peratus pada bulan Julai – menyamai tahap rendah 16 tahun pada bulan Mei.

Rizab Persekutuan telah meningkatkan kadar dasar semalaman dua kali tahun ini dan mengunjurkan kenaikan satu lagi pada akhir tahun ini.

Beberapa pembuat dasar berhujah bulan lalu terhadap kenaikan kadar masa depan sehingga terdapat bukti yang lebih jelas bahawa inflasi bergerak ke arah objektif Rizab Persekutuan, menurut minit mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, yang lain, memberi amaran bahawa kelewatan itu boleh menyebabkan berlakunya kejatuhan dalam inflasi memandangkan pasaran buruh yang ketat kemungkinan besar menjadi sukar. – MalaysiaGazette