Pasukan penyelamat memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang dirempun kenderaan. foto Agensi

BARCELONA – Polis Sepanyol menembak mati lima suspek pengganas di bandar Cambrils dalam serangan kedua yang menggunakan kenderaan.

Kejadian itu berlaku selepas serangan pertama di Barcelona yang mengakibatkan 13 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Lelaki-lelaki itu dipercayai ada kaitan dengan serangan di Barcelona, ​​kata polis.

Bagaimanapun polis masih memburu seorang lagi lelaki yang merempuh orang ramai dengan vannya di Las Ramblas.

Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy menyifatkan ia sebagai ‘serangan pengganas yang dipercayai didalangi oleh Kumpulan IS’.

Rajoy juga mengumumkan perintah berkabung selama tiga hari berikutan kejadian itu.

Seramai tujuh orang mangsa termasuk seorang pegawai polis cedera apabila kenderaan itu merempuh dalam serangan kedua dan seorang dilaporkan kritikal.

Pemandu itu didakwa memusingkan kenderaannya selepas polis melepaskan tembakan terhadap lima lelaki yang keluar daripada van tersebut.

Kelima-lima lelaki itu didakwa memakai tali pinggang yang ada bahan letupan dan apabila tindakan pemusnahan dijalankan mendapati ia palsu.

Lokasi kejadian di Cambrils, sebuah resort perangani popular di Barcelona. Keadaan di kawasan itu kini terkawal. – MalaysiaGazette