Pesawat Pejuang Korea Selatan, Black Eagles melalui kawasan ruang udara sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur. foto ADIB AIMAN ROSLI , 29 MAC 2017

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia berkembang 5.8 peratus pada suku kedua 2017 berbanding tempoh sama tahun lalu didorong oleh pertumbuhan permintaan domestik dan eksport.

Dalam kenyataannya, Bank Negara Malaysia berkata, permintaan domestik berkembang terutamanya oleh perbelanjaan sektor swasta,

Daripada segi bekalan pula, kesemua sektor utama mencatatkan pertumbuhan.yang positif, kata Bank Negara.

“Melihat kepada pertumbuhan kukuh 5.7 peratus semasa separuh pertama 2017, ekonomi Malaysia dijangka berkembang lebih 4.8 peratus pada tahun ini.

“Permintaan domestik dijangka memacu pertumbuhan manakala eksport pula diramal mendapat manfaat daripada perkembangan ekonomi global yang semakin baik.

“Paras inflasi dijangka menyederhana pada separuh kedua 2017, mencerminkan kesan amaran disebabkan faktor kos global.

“Bagi 2017 secara keseluruhan, ia dijangka berada dalam purata 3.0 peratus sehingga 4.0 peratus,” kata Bank Negara.

Bagi prestasi suku kedua, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berkembang 1.3 peratus pada suku kedua berbanding suku pertama.- MalaysiaGazette