KUALA LUMPUR – Hutang luar Malaysia merosot kepada RM877.5 bilion pada akhir Mac sehingga akhir Jun 2017 apabila ringgit mengukuh berbanding matawang-matawang utama lain di samping pembayaran semula bersih pinjaman antara bank dalam suku kedua.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), hutang luar sebanyak RM877.5 bilion adalah bersamaan dengan AS$202.3 bilion atau 66.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir Jun 2017.

Ini merupakan peningkatan daripada akhir Mac 2017 iaitu sebanyak RM897 bilion atau AS$200.8 bilion.

“Hutang luar yang rendah menunjukkan kesan penilaian disebabkan oleh pengukuhan ringgit berbanding matawang-matawang utama dan serantau terpilih dan pembayaran balik bersih pinjaman antara bank.

“Terdapat juga pembayaran semula bersih pinjaman antara syarikat dan penebusan bon-bon matang serta nota oleh sektor swasta,” katanya.

Menurut BNM, hutang luar Malaysia kekal boleh diurus disokong oleh faktor matawang dan bon matang di samping terdapat aset luaran yang besar.- MalaysiaGazette