Home Utama Mydin tarik diri jadi pengendali KR1M

Mydin tarik diri jadi pengendali KR1M

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bercakap pada sidang media semasa Program Citarasa Malaysia (PCM) di Aeon Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 18 OGOS 2017.

SHAH ALAM – Mydin Mohamed Holdings Sdn. Bhd. menarik diri sebagai operator Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).

Perkara itu diputuskan oleh syarikat tersebut selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengadakan perbincangan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kerajaan akan mengumumkan pengendali KR1M 2.0 sebelum sambutan Hari Kemerdekaan.

MalaysiaGazette difahamkan, surat penamatan kontrak ke Mydin akan diserahkan pada September ini.

Dan, penyerahan kedai-kedai KR1M oleh Mydin akan dilakukan berperingkat-peringkat mengikut zon.

Langkah itu bagi memastikan peralihan dapat dilakukan dengan baik.

Sementara itu, Hamzah berkata, ada beberapa pengusaha telah menyatakan minat untuk mengambil alih KR1M.

Namun beliau tidak mengulas lanjut.

Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri pada bulan lalu kerana mendakwa menjual barang-barang pada harga yang tinggi.

KR1M diwujudkan pada tahun 2009 untuk memberi pilihan kepada rakyat berpendapatan rendah. – MalaysiaGazette