Malaysia dipilih sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia di PPB, semalam.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan setakat ini tiada warga Malaysia yang dikenalpasti terlibat dalam insiden rempuhan van di Las Ramblas, Barcelona, Sepanyol pada pukul 5.30 petang waktu tempatan semalam.

Menurut satu kenyataan, warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantua konsular disarankan supaya berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Madrid.

“Sehingga kini, seramai 14 orang dipercayai maut manakala 100 lagi tercedera dalam insiden tersebut,” kata kenyataan itu.

Katanya, kerajaan Malaysia berdiri teguh bersama-sama masyarakat antarabangsa dalam mengutuk tindakan kejam itu.

Untuk maklumat lanjut warga Malaysia boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia, Madrid di Avenia de Madronos,no.63-Bis 28043, Madrid, Sepanyol atau menghubungi talian +(34) 91 555 0684/915550737 atau E-mel:[email protected]. – MalaysiaGazette