Shahrir Abdul Samad.

JITRA – Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata beliau bersetuju menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana ia merupakan satu institusi yang unik dan tidak terdapat di negara lain.

Shahrir berkata ini kerana Felda diwujudkan oleh pemimpin UMNO terdahulu semata-mata untuk membangunkan masyarakat terutama bangsa Melayu dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka.

“Saya tidak minta untuk jawatan itu tetapi saya tidak menolak kerana Felda ini unik dan tidak ada di negara lain.

“Ia hanya ada di Malaysia sahaja dan kini banyak negara luar bertanyakan kita bagaimana untuk mewujudkan institusi ini di tempat mereka kerana melihat akan kejayaannya,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di sin hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan bekas menteri besar Kedah dan ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Osman Aroff.- BERNAMA