Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melihat model Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada Program Pemimpin bersama Rakyat dan Pelancaran PPR serta Jeti Nelayan Chenang di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

LANGKAWI – Status Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan tetap dikekalkan selagi kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sekarang terus memerintah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya status yang telah melonjak nama pulau ini sebagai destinasi pelancongan antarabangsa telah memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negara serta menjadi asas untuk merencanakan pembangunan Langkawi pada masa depan.

“Saya memberi komitmen (bahawa) kita akan terus mempertahankan Langkawi sebagai pulau bebas cukai sampai bila bila, malah akan menambahkan lagi dengan projek-projek lain,” katanya semasa berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Perumahan PPR dan Jeti Nelayan Chenang.

Menurut Najib, kejayaan untuk membawa pembangunan di Langkawi selama ini bukanlah kerana usaha seorang individu atau pemimpin UMNO sebelum ini sahaja tetapi dengan sokongan kuat daripada anggota parti yang dipimpinnya.

“Kita tidak boleh mengetepikan peranan institusi parti (dalam menjayakan rancangan pembangunan yang diilhamkan oleh seseorang pemimpin) dan dengan berpaksikan kepada keperibadian bukanlah jaminan perjuangan masa depan kita, “katanya.

Najib berkata dalam meneruskan pembangunan di Langkawi, kerajaan pimpinannya sedang berusaha menerapkan dua konsep pelancongan, iaitu menjadikan pulau ini sebagai “Monaco of the East ” bagi mempromosi pelancongan mewah dan pelancongan untuk rakyat.

“Kita sudah meletakkan asasnya untuk membawa Langkawi ke fasa pembangunan seterusnya, ” katanya.

Menurutnya pelaksanaan projek perumahan yang dilancarkannya hari ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat di pulau ini untuk memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata projek bernilai RM242 juta dan dijangka dapat disiapkan menjelang 2019 pada asalnya tidak tersenarai di dalam bajet tahunan namun diluluskan selepas mempertimbangkan rayuan daripada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di sini.

“Ini bukan projek politik sebab projek ini sedang dalam pelaksanaan dan kontraktor pun sudah memulakan kerja mereka, ” katanya berhubung projek berkenaan yang melibatkan pembinaan lima blok perumahan 11 tingkat itu.

Najib berkata dalam meneruskan pembangunan di Langkawi, kerajaan pimpinannya sedang berusaha menerapkan dua konsep pelancongan, iaitu menjadikan pulau ini sebagai “Monaco of the East ” bagi mempromosi pelancongan mewah dan pelancongan untuk rakyat.

“Kita sudah meletakkan asasnya untuk membawa Langkawi ke fasa pembangunan seterusnya, ” katanya.

Menurutnya pelaksanaan projek perumahan yang dilancarkannya hari ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan yang dihadapi oleh rakyat di pulau ini untuk memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata projek bernilai RM242 juta dan dijangka dapat disiapkan menjelang 2019 pada asalnya tidak tersenarai di dalam bajet tahunan namun diluluskan selepas mempertimbangkan rayuan daripada wakil-wakil rakyat Barisan Nasional di sini.

“Ini bukan projek politik sebab projek ini sedang dalam pelaksanaan dan kontraktor pun sudah memulakan kerja mereka, ” katanya berhubung projek berkenaan yang melibatkan pembinaan lima blok perumahan 11 tingkat itu.- BERNAMA