Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Nazri Aziz berucap pada Majlis Menandatangan Memorandum Persefahaman Antara TW Connecetions Global Sdn Bhd (Tours Wealth) dan Associates di Matic, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 21 OGOS 2017

KUALA LUMPUR – Pembangkang disarankan supaya menyokong penuh tindakan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja(RCI) bagi menyiasat insiden Memali.

Namun, perkara tersebut dilihat mustahil berikutan ‘peranan’ yang dimainkan oleh pembangkang selama ini yang hanya membangkang semata-mata berkenaan semua isu.

Perkara itu dibangkitkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya berkenaan pendirian pembangkang berhubung penubuhan RCI Memali.

“Pembangkang sepatutnya sokonglah isu Memali ini. Tapi biasalah, pembangkang di Malaysia ini wujud untuk membangkang semata-mata jadi, teruslah membangkang.

“Ini memang tangungjawab kerajaanlah, kalau ada tuntutan untuk tubuh RCI misalnya, kita akan tubuhlah. Pembangkang hanya mainkan peranan sebagai pembangkang.

“Hipokrasi iu memang identiti merekalah, semalam cakap lain, hari ini cakap lain terutama bila (Mahathir) sudah menjadi kawan.”

Terdahulu, ketua pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersetuju menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat tuduhan terhadap Dr. Mahathir sepanajng menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Peristiwa berdarah Memali yang mengorbankan seramai 18 orang kampung pada tahun 1985 di Baling, antara yang menjadi perhatian berikutan Dr. Mahathir merupakan perdana menteri ketika itu.

Dalam laporan sebuah akhbar talian, Presiden Amanah, Mohd Sabu menyifatkan isu Memali yang dibangkitkan ketika ini sengaja ditimbulkan sempena PRU ke-14 yang akan datang, meskipun tragedi berdarah itu sudah lama reda dan senyap. -MalaysiaGazette