Syarul Ema Rena Abu Samah

KUALA LUMPUR – Syarul Ema Rena Abu Samah atau Ratu Naga hari ini mempersoalkan niat sebenar Badrul Hisham Shaharin yang mengaitkan beliau menjadi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, Melaka pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), tidak lama lagi.

Soal menjadi calon PRU-14 tidak harus dibangkitkan kerana ia termaktub kepada parti untuk membuat keputusan.

“Dia (Chegubard) sibuk hal parti orang. Jika saya benar calon ko sibuk kenapa?

“Saya ingin menegaskan pada Chegubard supaya tak payah sibuk hal parti orang. Dia nak panas kenapa? Apa salahnya jika benar? Dia meroyan dah kenapa? Bukan hal parti dia pun,” bidas blogger itu.

Badrul atau Chegubard semalam membangkitkan isu seorang blogger pro pembangkang akan dinamakan sebagai calon PRU-14 akan datang.

Ujarnya, maklumat itu diperoleh dari rakannya yang juga seorang jentera parti yang memberitahu bahawa Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin akan menamakan blogger berkenaan sebagai calon di DUN Gadek.

Chegubard dipercayai merujuk kepada Ratu Naga yang kini menyertai PKR.

Malah Zuraidah turut dikatakan akan mengetengahkan anak perempuannya sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di Pasir Salak.

Menulas lanjut, Ratu Naga berkata, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jentera Tukau Melaka bersama Zuraidah bagi memastikan negeri Melaka jatuh ke tangan PH.

“Alang-alang menjawab kenyataan Chegubard ni saya nak perkenalkan sekali lagi gerakan Jentera Tukau Melaka yang di rasmikan oleh Shamsul Iskandar Akin (Pengerusi Jentera Tukau Melaka), Zuraida Kamaruddin (Penasihat Jentera Tukau Melaka) dan Ratu Naga sebagai Pengarah Jentera Tukau Melaka sedang dalam usaha nak pastikan negeri Melaka kalah di tangan Barisan Nasional,” katanya. -MalaysiaGazette.

Zuraida letak Ratu Naga DUN Melaka, anak di Pasir Salak?

 

Comments are closed.