Putera William menyembunyikan wajahnya dengan anak rambut

LONDON – Anak bongsu mendiang Puteri Diana mendedahkan kepada BBC News perkara yang sukar untuk dia terima tentang kematian ibunya apabila paparazzi yang menyebabkan kematian puteri itu masih mengambil gambar mayat ibunya.

“Satu perkara yang paling sukar apabila orang yang mengejar dia (Puteri Diana) sehingga ke dalam terowong adalah orang yang sama mengambil foto dia yang hampir mati di kerusi belakang kereta,” jelas Harry dengan wajah sugul.

Harry berkata demikian dalam siri temuramah menjelang ulangtahun memperingati kematian ibunya yang ke-20 pada 31 Ogos ini.

Puteri Diana mati dalam kemalangan tragik di Paris pada usia 36 tahun apabila kereta yang dinaikinya dikejar paparazzi di terowong Pont de I’Alma, Paris.

Dalam pada itu Harry memberitahu, dia sangat beruntung kerana menyertai upacara pengkebumian ibunya.

Ketika kematian itu dia masih berusia 12 tahun dan pada ketika itu dia berjalan di belakang keranda ibunya dan berasa tiada kanak-kanak yang perlu berbuat demikian.

Harry turut menjelaskan kepada BBC bahawa dia tidak mendapat sebarang pandangan tentang apa yang dia lakukan ketika itu, namun apabila mengimbau kembali kenangan ketika itu berasa beruntung kerana menjadi sebahagian dari upacara tersebut.

Putera William dalam temuramah yang sama pula mendedahkan pada usia 15 tahun ketika itu dia menggunakan rambut dalam mengharungi hari yang panjang dan perjalanan yang penuh sunyi.

“Ketika itu saya banyak melihat lantai dan rambut saya jatuh menutup wajah saya, tiada siapa yang nampak saya,” jelas William.

“Ia bukan keputusan yang mudah dan sebahagian dari keluarga yang membuat keputusan itu. Ia adalah keseimbangan antara tugas dan keluarga serta apa yang perlu kami lakukan,” tambah William.