Pemain muda Chelsea, Ethan Ampadu. Foto BBC.

LONDON – Pemain muda Chelsea, Ethan Ampadu menandatangani kontrak baharu selama lima tahun dengan kelab itu.

Ampadu, 18, beraksi cemerlang di Stamford Bridge sejak berhijrah dari Exeter City pada 2017.

Pemain antarangsa Wales itu telah membuat tujuh penampilan bersama skuad utama.

“Saya amat berbangga dan gembira.

“Saya perlu terus berusaha keras dan berharap perkara baik akan berlaku,” katanya di laman web kelab.

Ampadu yang boleh beraksi di bahagian tengah dan pertahanan melakukan penampilan pertamanya ketika Chelsea menewaskan Nottingham Forest pada saingan Piala Liga musim lalu.

Dia turut mendapat pujian jurulatih Wales, Ryan Giggs selepas membantu skuad tersebut menundukkan Ireland 4-1 pada kejohanan Liga Negara-Negara UEFA pada awal bulan ini. – MalaysiaGazette