Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyampaikan rasa sedih dan simpatinya kepada keluarga mangsa tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung yang berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Walau bagaimanapun, beliau kesal dengan tahap keselamatan di sekolah-sekolah tahfiz di negara ini, berikutan tragedi seperti ni yang pernaj berlaku sebelum ini.

“Saya sedih kerana ini berlaku sekali lagi dulu berlaku di Kedah macam tu juga.

“Sebab itu pembinaan asrama perlu ikut peraturan supaya bila jadi apa-apa kecemasan boleh keluar.

“Jadi, langkah keselamatan sangat penting, saya harap sekepas ini semua sekolah-sekolah perlu kaji semula tahap keselamatan premis mereka.”

Terdahulu, beliau dilihat bersama dengan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di wad menunggu unit kecemasan HKL bagi menemui waris mangsa. – MalaysiaGazette