KWSP
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa setiap cadangan pelaburan perlu melalui proses pernilaian yang ketat.

Dalam kenyataannya, tabung persaraan itu berkata, KWSP hanya melabur dalam aset-aset yang sesuai dengan profil risiko-pulangan mereka sebelum cadangan tersebut dibawa ke hadapan panel pelaburan.

Jelasnya, KWSP ditadbir oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada wakil pekerja, majikan, pakar industri dan juga kerajaan.

“Apabila menilai sesuati keputusan pelaburan, KWSP mengikut proses-proses yang memerlukannya melepasi jawatankuasa pengurusan.

“Di sinilah cadangan-cadangan tersebut dinilai dengan teliti mengikut strategi kepelbgaian jangka panjang kami.

“Ini juga adalah selari dengan mandate KWSP yang mahu mengembangkan simpanan pelaburan persaraan ahli dengan melbur dalam aset-aset yang memenuhi profil risiko-pulangan kami.

“Keputusan akhir akan dibuat oleh panel pelaburan yang terdiri daripada pegawai kanan pengurusan KWSP, pakar industri dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Bernama melaporkan KWSP dan Khazanah Nasional Bhd. merancang untuk meluaskan pelaburan mereka ke Amerika Syarikat semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara tersebut.

KWSP sahaja dijangka melabur di antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion.- MalaysiaGazette

 

Comments are closed.