Pusat Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang di Jalan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 14 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Pusat Tahfiz Darul Quran Ittififaqiah (DQI) hanya menerima bantuan zakat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan bukan diuruskan oleh agensi tersebut.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, MAIWP menjelaskan, pusat tahfiz yang mengalami kebakaran sehingga mengorbankan 23 mangsa yang terdiri daripada murid dan guru pusat berkenaan diuruskan oleh pengurusa DQI.

“Adalah dimaklumkan DQI merupakan salah satu pusat tahfiz yang menerima bantuan zakat dari MAIWP di bawah Bantuan Kepada Agensi Bukan Kerajaan (NGO) dan Institusi Pendidikan sepertimana pusat tahfiz persendirian yang lain.

Dalam konteks pengurusan pusat tahfiz berkenaan, ia diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan DQI dan tidak melibatkan MAIWP,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat kenyataan yang dibuat pelbagai pihak yang mengatakan DQI adalah sebuah pusat tahfiz dimiliki dan di bawah pengurusan MAIWP.

Dalam pada itu, MAIWP berkata, pegawai-pegawai mereka telah berada di lokasi kejadian sejak semalam untuk menghulurkan bantuan segera seperti pengurusan jenazah, kebajikan ahli waris dan lain-lain keperluan.-MalaysiaGazette